Atletico destinasi Ronaldo?

Atletico destinasi Ronaldo?

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo dikaitkan akan kembali ke La Liga, namun bukan bersama Real Madrid iaitu tempat dia mencipta legasi yang menjadikannya antara pemain terhebat dalam sejarah mereka tetapi dengan seteru utama, Atletico Madrid.

Akhbar Sepanyol, Diario AS melaporkan berita sensasi itu, bahawa pemain tersebut akan ke kelab pencabar dari bandar yang sama, Atletico Madrid yang pasti­nya bakal mengguris hati penyokong Los Blancos.

Ronaldo, 37, mencipta kejutan dalam bola sepak dunia apabila meminta perpindahan keluar daripada Manchester United yang kini di bawah kendalian Erik ten Hag pada musim panas ini walaupun kurang mendapat sambutan daripada kelab-kelab diharapkannya.

Menurut laporan berkenaan, wakil Ronaldo sudah menghubungi skuad kendalian Diego Simeone dan memujuk pengurus dari Argentina itu supaya mendapatkan pemain bintang Portugal itu.

CRISTIANO RONALDO

Jika laporan Diario itu benar, ia pastinya akan menjadi cerita perpindahan terbesar musim panas ini, namun permusuhan lama antara Ronaldo dan kelab itu menyebabkan ia sukar dipercayai.

Selepas meledak 311 gol dalam 292 perlawanan buat Real, selain kemenangan berdepan Atletico dalam dua aksi final Liga Juara-Juara dalam tiga tahun, Ronaldo menjadi musuh nombor satu dalam kalangan penyokong Atletico.

Bagaimanapun, Ronaldo mahu mendapat peluang terus bermain dalam Liga Juara-Juara dengan kelab seperti Chelsea dan Bayern Munich menjauhkan diri mereka daripadanya namun Atletico boleh memberikan peluang tersebut.

Selain Atletico, Ronaldo juga dikaitkan dengan kepulangan mengejut ke kelabnya ketika remaja, Sporting Lisbon tetapi dia menafikan sendiri dan mendakwa spekulasi berkenaan dengan berkata: ‘Palsu’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN