Tevez kini pengurus Rosario Central

Tevez kini pengurus Rosario Central

CARLOS Tevez menjalankan tugas pertamanya sebagai pengurus Rosario Central.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROSARIO, Argentina: Bekas bintang Manchester United, Carlos Tevez dilantik sebagai pe­ngurus pasukan Rosario Central, yang beraksi dalam liga utama Argentina.

Pelantikan itu hadir hanya 17 hari selepas Tevez mengumumkan persaraan sebagai pemain pada 4 Jun lalu.

“Saya berhenti bermain kerana kehilangan peminat nombor satu saya iaitu bapa.

“Suatu hari saya bangun dan tidak mahu lagi bermain bola.

“Saya beritahu ejen saya tentang perasaan itu,” kata bekas peledak berbahaya Argentina itu ketika mengumumkan persaraannya.

Tevez, 38, mengikat kontrak selama 12 bulan bersama Rosario Central yang kini menghuni kedudukan ke-23 liga selepas empat perlawanan.

Tevez akan memulakan cabaran baharu dengan perlawanan pertama Tevez sebagai pengurus adalah pada 24 Julai depan apabila pasukannya akan menentang Club de Gimnasia y Esgrima de La Plata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya