fbpx

28 Jun 2022, 8:30 am

  TERKINI

Tat Meng ke Hong Kong, bukan Malaysia

WONG TAT MENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas jurulatih badminton negara, Wong Tat Meng akhirnya memilih cabaran baharu membimbing pasukan Hong Kong, sekali gus menutup spekulasi dia akan kembali ke Malaysia.

Tat Meng sebelum ini membawa kejayaan besar buat Korea Selatan dengan membantu mereka menamatkan penantian 12 tahun menjulang Piala Uber di Bangkok, bukan lalu.

Beliau juga menjadi tunjang pembentukan perseorangan wanita No.3 dunia, An Se Young.

Jurulatih berusia 55 tahun itu mengikat kontrak sehingga ­Olimpik Paris 2024 bersama Hong Kong dan dalam misi menaikkan ranking perseorangan lelaki mereka ke kelompok 10 terbaik dunia.

“Saya kira kerja saya sudah selesai di Korea Selatan dan saya hendak mencari cabaran baharu.

ANGUS NG KA LONG

“Sebenarnya dua negara membuat tawaran dan saya pilih Hong Kong kerana suasana lebih sesuai untuk saya.

“Saya rasa pemain Hong Kong sebenarnya berpotensi dan bagus, kalau tidak, saya pun tidak akan ke sana. Saya tidak diberi sebarang sasaran tetapi saya mahu menaikkan mereka ke dalam 10 terbaik,” jelas Tat Meng

Tat Meng akan bertanggungjawab membimbing lima pemain antaranya Angus Ng Ka Long yang kini menghuni ranking 13 dunia, Lee Cheuk Yiu, di nombor 15 dunia dan Vincent Wong Wi ki yang terjunam ke No. 57 dunia.

Dari sudut pemain, Angus menyambut baik kehadiran Tat Meng yang mempunyai reputasi untuk bawa kejayaan kepada pasukan yang dibimbingnya.

“Saya gembira Tat Meng pilih untuk membim­bing kami kerana kami memerlukan inidividu se­pertinya untuk memperkuatkan pasukan Hong Kong.

“Pengalamannya amat penting terutama bila kami beraksi dalam acara berpasukan seperti Piala Thomas dan Sudirman,” kata Angus.

POPULAR

KOSMO! TERKINI