Tampin Rovers sedia lakar kejutan

Tampin Rovers sedia lakar kejutan

Tampin Rovers melakukan persiapan akhir untuk berdepan KL City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menyedari peluang tipis untuk mara ke peringkat kalah mati, Tampin Rovers mahu memastikan aksi terakhir Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang KL City berakhir dengan noktah kemenangan.

Perlu menang dengan meledak sekurang-kurangnya empat gol, pengendali Tampin Rovers, Gavin Lee mahukan kemenangan sebagai hadiah buat pasukan pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

“Kami begitu teruja untuk menghadapi aksi terakhir dan kami tetap dengan sikap positif, tidak berputus asa untuk raih kemenangan.

“Hanya lakukan apa yang kami boleh buat, beri 100 peratus dan cuba dapatkan tiga mata.

“Saya tidak ada apa-apa mesej yang perlu disampaikan kepada pemain kerana mereka lebih cerdik daripada saya.

“Mereka sedar situasi sekarang dan paling penting, kami perlu kekal bertenang, sediakan hala tuju serta pastikan pemain bersedia untuk beraksi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya