Suhaili nafi senarai baru kejurulatihan sepak takraw negara

Suhaili nafi senarai baharu kejurulatihan sepak takraw negara

Presiden Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC), Datuk Suhaili Abdul Rahman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL : Presiden Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC), Datuk Suhaili Abdul Rahman menafikan senarai barisan kejurulatihan baharu sepak takraw negara yang tular di media sosial ketika ini.

Antara nama yang disebut bakal membarisi struktur kejurulatihan baru negara merupakan jurulatih Johor Tigris, Ahmad Jais Baharom serta bekas perejam, Futra Abdul Ghani dan beberapa lagi nama bekas pemain yang turut disenaraikan.

Bagaimanapun Suhaili yang ditemui sejurus tamat pertemuan dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) terkejut dengan senarai berkenaan, memandangkan status ketua jurulatih, Azhar Sarbini juga masih belum dimuktamadkan.

“Kita baru nak berjumpa dengan MSN untuk kemukakan calon ketua jurulatih yang baru, iaitu Cikgu Add (Azhar Sarbini) yang mewakili MSC sebagai badan pengelola rasmi sepak takraw negara.

“Selebihnya, kita tidak akan memandai-mandai menukar sewenang-wenangnya tanpa merujuk MSN serta kumpulan jurulatih tersebut terlebih dahulu” jelas Suhaili kepada Utusan Malaysia.

Manakala bekas pembantu jurulatih negara, Rashidi Nordin yang turut dikaitkan dengan yang barisan kejurulatihan baru, langsung tidak menerima apa apa lamaran rasmi daripada badan induk tersebut

“Saya terkejut juga nama saya naik, namun setakat ini tiada siapa hubungi saya, ataupun tawarkan apa apa kepada saya, jadi saya pun anggap perkara ini bukanlah benar,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya