Raul tolak tawaran kelab utama demi melatih skuad muda Real

Raul tolak tawaran kelab utama demi melatih skuad muda Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Penyerang legenda Real Madrid, Raul Gonzalez menolak beberapa tawaran daripada kelab luar negara untuk kekal mengemudi skuad muda, Real Madrid Castilla.

Antara kelab yang membuat tawaran untuk mendapatkan bekas penyerang sensasi Sepanyol itu adalah Leeds United, Schalke 04 dan beberapa pasukan di dalam La Liga.

Raul mahu kekal bersama Castilla kerana merasakan tawaran yang diterima tidak mampu jadi batu loncatan untuk kariernya, selain dia masih berasa selesa dengan peranan di Castilla.

Raul ketika ini mempunyai kawalan penuh dalam menentukan pemain dalam pasukan, selain amat menyukai persekitaran di akademi itu dan sentiasa punyai perbincangan terbuka bersama penggendali skuad utama, Carlo Ancelotti. Ia merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku ketika Zinedine Zidane menguruskan skuad Real Madrid.

Raul dilantik mengemudi pasukan Castilla sejak 2020 dengan pasukannya berjaya menghabiskan saingan musim lalu di kedudukan kesepuluh Liga Divisyen 3 Sepanyol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya