Penyu mahu robek gawang Rusia sepantas mungkin

Penyu mahu robek gawang Rusa sepantas mungkin

PEMAIN Terengganu menjalani latihan akhir semalam dalam persiapan menghadapi Negeri Sembilan malam ini. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Bakal menentang pasukan sedang meningkat, Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super malam ini, Terengganu FC perlu mendapatkan gol awal jika tidak mahu berputih mata.

Pengendali skuad Penyu, Mohd. Nafuzi Zain berkata, pertemuan di Stadium Mizan Zainal Abidin itu menjanjikan aksi getir kerana skuad Hobin Jang Hobin kini pada prestasi terbaik dan menghuni tangga kedua liga.

Katanya, Terengganu harus mengelak daripada mengulangi kesilapan sama ketika tumpas 1-2 kepada Penang FC minggu lalu serta bermula langkah kanan sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan.

“Ketika bertemu Penang FC, pemain saya terlalu bersahaja pada awal permainan dan menunjukkan keinginan hanya selepas kami ketinggalan dan pintu gol dibolosi pihak lawan.

“Itu tidak sepatutnya berlaku dan bertemu Negeri Sembilan, kami perlu segera mencari rentak untuk menguasai tempo permainan terutamanya di hadapan penyokong sendiri.

“Tindakan penyudah juga perlu lebih berkesan untuk memastikan peluang yang dimiliki tidak disia-siakan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan itu di sini semalam.

NAFUZI ZAIN

Kata Nafuzi, kemenangan ke atas Negeri Sembilan dalam aksi Piala FA, April lalu juga bukan pengukur kualiti sebenar pihak lawan yang diperkuatkan tonggak import baharu, Yashir Pinto dan Gustavo Almeida Dos Santos.

Selain itu, katanya, dia sedang mencongak kesebelasan utama dengan kelibat Petrus Shitembi dan penjaga gol negara, Rahadiazli Rahalim antara yang dijangka kembali dalam senarai 11 pemain.

“Kami mahu meneruskan rekod baik di tempat sendiri dan kekalahan kepada Penang FC sangat mengecewakan pemain. Jadi masing-masing tahu tugas untuk kembali ke landasan kemenangan.

“Perlawanan Rabu ini pasti berbeza dengan keyakinan Negeri Sembilan semakin memuncak selepas mereka mengalahkan Sri Pahang,” tambah Nafuzi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN