Pan Gon dan TMJ saling berhubung

Pan Gon dan TMJ saling berhubung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon sentiasa memaklumkan perkembangan semasa skuad kebangsaan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi laman Instastory peribadinya hari ini.

Dalam perkongsian itu, ‘perkenalan’ Pan Gon dan Tunku Ismail tercetus selepas pengendali dari Korea Selatan itu memperkenalkan dirinya kepada pemilik JDT itu.

Menerusi salam perkenalan itu, Pan Gon turut sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan JDT menjulang Piala Sumbangsih.

Tunku Ismail berkongsi perbualan bersama Pan Gon di laman Instastory.

“Apa yang Tunku lakukan untuk bola sepak Malaysia adalah sangat menakjubkan. Ia sudah melangkaui peringkat Asia dan saya sangat menghormati Tunku.

“Saya akan sentiasa memberikan perkembangan terkini mengenai pasukan kebangsaan dari semasa ke semasa. Dengan sokongan Tunku, saya akan terus bekerja keras demi kejayaan Malaysia.

“Saya memohon sokongan daripada Tunku,” kata Pan Gon dalam perbualan aplikasi Whatsapp yang dikongsi Tunku Ismail.

Malah, Pan Gon turut melaporkan perancangan pasukan kebangsaan bagi mengharungi beberapa aksi persahabatan serta tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini.

Dalam pada itu, terdapat juga perbualan berhubung keputusan Tunku Ismail untuk berundur daripada urusan harian JDT dan menyerahkannya kepada pengurusan tertinggi pasukan.

“Apa yang Tunku lakukan untuk pasukan kebangsaan dan sokongan kepada pasukan kebangsaan sangat bagus. Tolong teruskan bersama kami dan menyokong bola sepak Malaysia.

“Tanpa kehadiran Tunku, semuanya akan musnah selepas ini. Tolong pertimbangkan mengenai keputusan Tunku,” kata Pan Gon.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN