Nurul Izzah cipta sejarah di India

Nurul Izzah cipta sejarah di India

Nurul Izzah Izzati menjadi pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas Kejohanan Berbasikal Trek Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pelumba muda basikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sensasi di Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, India semalam apabila berjaya merangkul pingat emas dalam acara 500 meter ujian masa.

Kejayaan itu juga merupakan sejarah buat negara apabila, Nurul Izzah Izzati menjadi pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan itu apabila melakarkan catatan masa 35.499 saat (s).

Dalam aksi di Velodrom Kompleks Indira Gandhi, New Delhi itu, Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 36.374s dan wakil tuan rumah, Mayuri Dhanraj di tempat ketiga dengan masa 36.481s.

Sementara itu, pelumba Olimpik negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom meraih pingat perak dalam acara akhir keirin lelaki selepas tumpas kepada pelumba Jepun, Kohei Teraski manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya