Norde mahu 'angkat kaki' bukan sebab gaji

Norde mahu ‘angkat kaki’ bukan sebab gaji

SONY NORDE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Benar Sony Norde mahu ‘angkat kaki’, namun bukan disebabkan isu gaji bersama Melaka United.

Itu penegasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Seri Justin Lim, yang menegaskan skuad Sang Kancil tidak berhasrat melepaskan bintang penyerang Haiti tersebut pada jendela perpindahan yang ditutup esok.

Tegasnya, sekali pun Melaka memberi pertimbangan untuk membenarkan pemain berusia 32 tahun itu pergi, dia tidak boleh menyarung jersi mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) selepas namanya sebelum ini turut dikaitkan dengan Selangor.

“Ya, dia ada minta untuk pergi tetapi bukan disebabkan masalah tunggakan gaji. Ia lebih kepada masalah keluarga, kita memahami perkara itu.

“Kami tidak bercadang untuk melepaskan Norde, namun kalau dia benar-benar mahu pergi dan kami terpaksa melepaskannya, dia tidak boleh bermain dengan pasukan lain dalam Liga Malaysia. Itu adalah syarat yang dipersetujui sebelum ini.

JUSTIN LIM

“Kami tidak melakukan kesalahan yang membolehkan dia meninggalkan kontraknya. Tiada tunggakan gaji dua bulan, itu tidak benar,” kata ­Justin kepada Utusan Malaysia semalam.

Semalam, sumber dalaman Melaka United mendedahkan, beberapa pemain mahu me­ninggalkan skuad Sang Kancil kerana hampir dua bulan tidak menerima gaji.

Norde antara pemain yang sudah memaklumkan kepada pengurusan pasukan mengenai hasratnya.

Dua lagi tonggak pertahanan Sang Kancil dikatakan me­nunggu giliran untuk mengikuti jejaknya jika isu gaji masih gagal dilangsaikan.

Justin bagaimanapun me­negaskan, Melaka tidak berdepan isu gaji yang serius sejak menyelesaikan tunggakan, April lalu.

Norde antara tonggak pen­ting yang membawa skuad Sang Kancil melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya