Melaka United, Negeri Sembilan sekadar berkongsi mata

Melaka United, Negeri Sembilan sekadar berkongsi mata

AKSI pemain Melaka United ketika menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam ini. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kelebihan sebagai tuan rumah tidak memihak Melaka United apabila sekadar seri 0-0 tanpa jaringan berdepan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Saingan Liga Super yang kembali memeriahkan arena bola sepak tempatan selepas hampir sebulan berehat nyata
tidak memberi kelebihan kepada skuad bimbingan Mohd. Asri Ninggal.

Biarpun seri 0-0, skuad Sang Kancil tetap berpuas hati walaupun sentuhan rangkaian penyerang Sony Norde dan Ifedayo Olusegun mensia-sia banyak peluang terhidang di pintu gol Negeri Sembilan.

Aksi berhati-hati dipamerkan oleh kedua pasukan memulakan aksi babak pertama selepas hampir sebulan lebih
aksi saingan Liga Super bercuti rehat.

Pada minit ke-30 Negeri Sembilan berpeluang memecah kebuntuan jaringan gol namun tandukan kencang Gustavo
Dos Santos meliar keluar.

PEMAIN Melaka United, Sony Norde (kanan) bersaing denga Che Rashid Che Halim dari Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super malam ini. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Tiga minit selepas itu tuan rumah pula mencemaskan benteng pertahanan pelawat apabila percubaan kencang
Sony Norde dari luar kotak penalti melewati palang gol.

Permainan bertambah rancak dengan Negeri Sembilan hampir meledak jaringan pembukaan namun sepakan kencang Matheus Leandro pada minit ke-36 melewati palang gol.

Pada minit ke-43, giliran Melaka United mencemaskan pelawat, namun hampa apabila sepakan kencang Wan
Zaharulnizam Wan Zakaria berjaya ditepis keluar penjaga gol pelawat, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

AKSI Melaka United menentang Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super malam ini. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Sebaik sahaja babak kedua bermula pada minit ke-50, Dos Santos kecewa tandukan kencangnya ketika berdepan dengan penjaga gol tuan rumah Tian Keat See tidak menepati sasaran.

Pada minit ke-63, Norde sekali lagi mencemaskan pintu gol pelawat apabila rembatan kencangnya ditepis
keluar Ahmad Syihan.

Seminit babak hendak ditamatkan Ifedayo menghampakan hampir 4,000 penonton apabila bola hantaran Adriano
Narcizo ditolak keluar walaupun berdepan dengan penjaga gol pelawat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya