Mat Don menangis selepas digugurkan dari skuad Harimau Malaya

Mat Don menangis selepas digugurkan dari skuad Harimau Malaya

Liridon Krasniqi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liridon Krasniqi mengakui dia sedih dan menangis sebaik sahaja mengetahui namanya tidak tersenarai dalam skuad Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Asia 2023.

Bagaimanapun pemain naturalisasi negara itu menegaskan, dia yakin gagal mendapat tempat dalam skuad bimbingan Kim Pan Gon tidak bermakna pintu buatnya sudah tertutup rapat.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu yang mesra disapa Mat Don sebaliknya masih berharap untuk menyarung jersi Harimau Malaya dan bangkit lebih kuat.

“Bila jurulatih beritahu saya berita itu (tidak tersenarai dalam skuad akhir), saya menangis dan sedih kerana bagi saya semua mengenai kemenangan dan mencipta sejarah, terutama untuk negara yang saya sayang dan saya sanggup mati untuknya.

“Saya sudah mengalami sedikit kecederaan semasa kem dan tidak dapat mempamer prestasi sebenar, jadi kami membuat keputusan untuk pulih dahulu kemudian bangkit semula.

“Saya berusaha setiap hari tetapi ia tidak berkesan dengan semua kesakitan ini tiada siapa yang tahu. Saya mengorbankan kesihatan saya untuk memberikan seluruh negara apa yang mereka harapkan, tetapi malangnya saya tidak dapat,” katanya.

“Ini bukan penamat era Matdon. Saya kenal diri saya, saya tahu apa yang saya mampu lakukan. Saya sayang Malaysia dan saya sayang rakan sepasukan.

“Saya tidak pernah melihat begitu banyak perasaan sayang dan mesej yang indah melebihi 20 ribu mesej yang positif, ini memberi saya banyak harapan dan gembira untuk kembali lebih kuat,” tulisnya dalam Instagram Story miliknya hari ini.

LUAHAN hati Liridon dalam Instagram Story.

Liridon dipanggil menyertai latihan pusat skuad kebangsaan, namundigugurkan bersama enam pemain lain sebelum kempen kelayakan yang menyaksikan Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.

Selain itu, Liridon turut memperjelaskan apa yang terjadi hingga dia tidak berjaya memikat hati pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon untuk bersama Harimau Malaya ketika kempen Piala Asia 2023.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu mendedahkan bahawa dia mengalami sedikit kecederaan ketika menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya yang menyebabkannya tidak dapat mempamerkan prestasi sebenar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya