Malaysia boleh naik ke ranking 110 dunia

Malaysia boleh naik ke ranking 110 dunia

HARIMAU Malaya mampu melonjak ke ranking ke-110 dunia dalam tempoh tiga tahun jika mengekalkan permainan konsisten, selain beraksi baik pada Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas tersenarai dalam The Biggest ­Climbers sebagai pasukan paling meningkat pada ranking dunia kelmarin, Malaysia berpotensi besar berada dalam kelompok 110 pasukan bola sepak terbaik.

Kelmarin, Harimau Malaya mendaki tujuh anak tangga dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) de­ngan menduduki tangga ke-147 daripada 154.

Kejayaan menewaskan Brunei, Hong Kong (persahabatan), Bangladesh serta Turkmenistan (kelayakan Piala Asia 2023) mendorong kepada kenaikan mendadak.

Menurut FIFA, Malaysia menyertai Greece (naik tujuh anak tangga ke ranking 48), Cuba 10 tangga (167) dan Kazakhstan 11 tangga (114) untuk muncul The Biggest Climbers.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Mohd. Sadek Mustafa, berdasarkan prestasi anak-anak buah Kim Pan Gon, mereka mampu melonjakkan Malaysia sehingga ke ranking 110 dunia dalam masa tiga tahun lagi.

Bagaimanapun, bagi meme­nuhi misi itu, Harimau Malaya perlu mempamer aksi terbaik pada Piala Asia 2023, di mana mereka melayakkan diri secara merit buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun.

“Paling utama, pemain yang wakili Harimau Malaya pada Piala Asia 2023 perlu memperlihatkan komitmen lebih tinggi berbanding aksi kelayakan dan mesti capai kejayaan besar.

“Kemudian, pasukan bawah 23 (B-23) tahun negara juga mesti meningkatkan persembahan agar boleh menampung mana-mana kedudukan pemain skuad utama pada masa hadapan.

“Jika segalanya berjalan lancar, dalam masa tiga tahun tidak mustahil kita berada di ranking ke-110 dunia iaitu kedudukan hampir sama dengan Vietnam.

“Purata umur skuad utama sekarang juga bawah 25 tahun, jadi ia positif jika pemain kekalkan prestasi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

HARIMAU Malaya mampu melonjak ke ranking ke-110 dunia dalam tempoh tiga tahun jika mengekalkan permainan konsisten, selain beraksi baik pada Piala Asia 2023.

Mohd. Sadek yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, bagi meneruskan kecemerlangan pasukan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga perlu memainkan peranan besar.

Anak-anak buah Pan Gon mengumpul 1,057.59 mata dalam ranking terbaharu, sekali gus menyaksikan penambahan 22.53 mata berbanding sebelum ini.

Berdasarkan kedudukan tersebut, Malaysia berada di ranking ke-26 dalam kalangan negara Asia, dan keempat di Asia Tenggara selepas Vietnam (97), Thailand (111) dan Filipina (134).

Ranking terbaik yang ­pernah dicatat Malaysia adalah 75 pada 1993, manakala tahun 2018 memahat sejarah hitam dalam bola sepak negara apabila merudum ke tempat ke-178 iaitu kedudukan terburuk mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya