Malam ajaib buat Nadal

Malam ajaib buat Nadal

RAFAEL Nadal-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Rafael Nadal menyifatkan kemenangan ke atas Novak Djokovic sebagai ‘malam penuh keajaiban’ selepas me­langkah ke separuh akhir tenis Terbuka Perancis semalam.

Jaguh Sepanyol dan juara 13 kali itu mara ke separuh akhir Terbuka Perancis buat kali ke-15 selepas menang 6-2, 4-6, 6-2, 7-6 (7/4) dalam pertarungan epik yang berlangsung selama empat jam 12 minit.

Ini pertemuan ke-59 buat dua legenda tenis dunia itu, di mana Nadal dikecewakan oleh pemain No. 1 dunia, Djokovic pada suku akhir tahun lalu.

Nadal, 35, mengambil rehat dua kali dalam tiga set pertama dan kemudian bangkit daripada ketinggalan 3-5 di set keempat untuk meraih kemenangan ke atas juara bertahan.

RAFAEL Nadal (kanan) berjabat tangan dengan Novak Djokovic selepas menumpaskan pemain No. 1 dunia itu pada suku akhir Terbuka Perancis semalam. – AFP

“Sangat gembira. Saat yang penuh emosi buat saya, sungguh luar biasa bermain di sini.

“Sokongannya luar biasa, semua orang tahu betapa ­pentingnya kejohanan ini buat saya.

“Terbuka Perancis paling penting dalam kerjaya saya, dan ia kekal sebagai kejohanan istimewa untuk saya,” kata ­Nadal.

Menurut pemilik 21 gelaran Grand Slam itu, Djokovic antara pemain terbaik dalam sejarah tenis dan menentang bintang Serbia itu adalah pertarungan yang amat sukar.

“Menentang Novak adalah cabaran yang menakjubkan dengan semua sejarah yang kami kongsi bersama.

“Malam ini adalah ma­lam ajaib bagi saya, tahap yang tidak dijangka tetapi ­sangat gembira.” katanya.

Menanti Nadal pada separuh akhir esok pemain No. 3 dunia dari Jerman, Alexander Zverev.

Zverev, 25, mengetepikan bintang remaja sensasi Sepanyol, Carlos Alcaraz 6-4, 6-4, 4-6, 7-6 (9/7).

Pada ketika majoriti penonton menyokong Alcaraz, 19, yang mencatat kemenangan ke-14 berturut-turut sebelum ini, Zverev membuktikan kekuatan mentalnya untuk memenangi pertarungan selama tiga jam dan 18 minit itu.

Awal bulan lalu, Al­ca­raz menewaskan Zverev yang juga juara Sukan Olimpik di final ATP Masters di Madrid dalam pertarungan terbaru mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya