Los Angeles jauh lebih ‘menggoda’ berbanding Cardiff

Los Angeles jauh lebih ‘menggoda’ berbanding Cardiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARDIFF, Wales: Gareth Bale hampir menyertai Cardiff City, namun tawaran yang diterima daripada Los Angeles FC (LAFC) terlalu ‘menggoda’, dedah pemilik Cardiff, Tan Sri Vincent Tan.

Kata Vincent, Cardiff me­lakukan segalanya yang termampu bagi mendapatkan kapten Wales itu tetapi pemain sayap berusia 32 tahun tersebut akhirnya memilih untuk beraksi dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat (AS).

Bekas bintang Real Madrid itu sebelum ini turut menerima tawaran Getafe, namun menolak mentah-mentah peluang tersebut, malah dia juga enggan kembali ke pangkuan bekas pasukannya, Tottenham.

Menurut Vincent, Bale mahu bermain untuk kelab di negara asalnya tetapi Cardiff tidak mampu bersaing daripada segi keuntungan komersial yang mampu dijana berban­ding bermain di AS.

“Kami amat berminat mendapatkan Bale, dia pasti menjadi kejayaan terbesar kelab.

“Ia sangat hebat jika Bale bermain di kampung halamannya, semua rakyat Wales juga pasti gembira jika dia menyertai Cardiff.

VINCENT TAN

 

“Secara peribadi, saya rasa tawaran LAFC terlalu menarik untuk ditolak. Pada asalnya dia mahu ke sini, wang tidak menjadi masalah.

“Kami memberikan tawaran bagus untuknya. Dia juga berminat tetapi tawaran LAFC sukar untuk ditolak. Kami sudah cuba yang terbaik tetapi gagal,” kata Vincent.

Bale dijangka membuat penampilan sulung menentang bekas kelab yang dimiliki legenda Manchester United, David Beckham, LA Galaxy pada 9 Julai apabila jendela perpindahan AS dibuka secara rasmi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya