Liverpool jual Minamino kepada Monaco

Liverpool jual Minamino kepada Monaco

TAKUMI Minamino didukung oleh Roberto Firmino.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool bersetuju untuk menjual Takumi Minamino kepada Monaco menerusi perjanjian yang mencecah 15.5 juta pound (RM81.12 juta).

Menurut beberapa laporan, bintang penyerang Jepun itu telah bersetuju dengan syarat kontrak dan hanya perlu melengkapkan pemeriksaan perubatan.

Perjanjian itu dikatakan sekitar 13 juta pound (RM70.07 juta), selain bayaran tambahan 2.5 juta pound (RM13.48 juta).

BERSAING dengan pemain hebat seperti Mohamed Salah menyebabkan Minamino sukar mendapat tempat dalam kesebelasan Liverpool.

Minamino, 27, menjadi pemain kegemaran penyokong Reds sepanjang di Anfield, malangnya dia tidak mendapat minit permainan yang banyak.

Dia menjaringkan 14 gol dalam 55 perlawanan tetapi sering gagal mengisi kesebelasan utama Liverpool.

Musim lalu dia hanya membuat 11 penampilan Liga Perdana dengan hanya satu daripadanya muncul sejak awal.

Begitupun, Liverpool bakal menggandakan wang mereka untuk Minamino, yang dibeli sekitar 7.25 juta pound (RM39.08 juta) daripada Red Bull Salzburg pada Januari 2020.

LAUTAN merah penyokong Liverpool yang meraikan kepulangan pasukan itu di sekitar bandar Liverpool mengangkat replika Sadio Mane bulan lalu. – AFP

Reds akan berwajah baharu musim depan dengan Minamino menyertai Sadio Mane di pintu keluar.

Mane sudah tiba di Jerman semalam untuk menyelesaikan perjanjiannya dengan Bayern Munich.

Dia dilihat mamakai kit latihan kelab setelah menyelesaikan ujian perubatan dengan pengumuman dijangka tidak lama lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya