Liverpool bakal hilang Mane, Salah?

Liverpool bakal hilang Mane, Salah?

JURGEN Klopp berisiko kehilangan khidmat Sadio Mane (tengah) dan Mohamed Salah (kiri) musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sadio Mane memberi bayangan akan meninggalkan Liverpool demi ‘memenuhi kemahuan rakyat Senegal’, malah Reds juga berisiko hilang penja­ring terbanyak, Mohamed Salah.

Kedua-dua pemain dikatakan menuntut gaji 400,000 pound (RM2.2 juta) seminggu jika Reds mahu mereka menandatangani kontrak baharu.

Begitupun, Mane kemungkinan besar akan pergi selepas mengakui, dia akan lakukan apa yang ­rakyat Senegal mahukan sambil mendedahkan, ‘60 hingga 70 peratus’ mahu dia meninggalkan Liverpool.

Mane, 30, mengejutkan wartawan dalam sidang ­akhbar semalam ketika menyertai tugasan antarabangsa bersama Senegal dalam kelayakan Piala Negara-Negara Afrika.

“Seperti orang lain, saya juga melihat media sosial dan membaca komen yang ditinggalkan. Saya boleh katakan, 60 hingga 70 peratus rakyat Se­negal mahu saya meninggalkan Liverpool?

“Saya akan buat seperti mereka mahukan. Kita tengok dalam masa terdekat! Jangan terburu-buru kerana kita akan menyaksikannya bersama,” kata Mane ketika menjawab soalan mengenai masa depannya.

Pengarah Bayern Munich, Hasan Salihamidzic dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai 17 juta pound (RM93.2 juta) semusim kepada bintang Senegal tersebut yang kini mempunyai baki 12 bulan dalam kontraknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya