Kelantan FC ikat Latiff Suhaimi

Kelantan FC ikat Latiff Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: The Red Warriors (TRW) terus bernafsu untuk mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Perdana apabila membawa masuk bekas kapten Harimau Kumbang, Abdul Latiff Suhaimi pada jendela perpindahan kedua.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Kelantan FC menerusi entri laman sosial rasmi pasukan hari ini.

Kelantan FC menerusi satu kenyataan ringkas berkata, pemain berusia 33 tahun akan melapor diri bersama TRW dalam masa terdekat ini.

“Kita percaya, pengalaman yang luas dimiliki pemain ini mampu mengemudi barisan pertahanan bersama rakan sepasukan yang lain untuk mengekalkan rekod bersih dalam baki saingan liga musim ini,” kata Kelantan FC dalm kenyataan tersebut.

Kepulangan semua anak jati Kelantan itu memberikan pilihan kepada pengendali pasukan Rezal Zambery Yahya untuk membentuk barisan pertahanan lebih ‘kebal’ sebelum sepak mula pusingan kedua bermula minggu depan.

Sebelum ini Latiff pernah beraksi dengan beberapa kelab di Liga Super antaranya Pulau Pinang, Selangor FC, Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya