Kasma tawan Litar Terengganu

Kasma tawan Litar Terengganu

KASMA Daniel Kasmayudin memperagakan aksi cemerlang untuk menjuarai perlumbaan CP150 pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu, hari ini. - IHSAN CUB PRIX MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin memperagakan aksi cemerlang untuk menjuarai perlumbaan CP150 pada pusingan keempat Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu hari ini.

Bermula dari petak ketiga, Kasma memecut di selekoh terakhir untuk menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 16 minit 30.494 saat (s).

Nazirul Izzat Md. Bahauddin melengkapkan hari gemilang pasukan Yamaha Maju Motor apabila menduduki tangga kedua dengan masa 16:30.915s, manakala Ahmad Afif Amran dari Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing di tempat ketiga (16:30.943s).

“Bagi saya, litar ini tidak begitu teknikal. Saya hanya mengekalkan momentum saya sepanjang perlumbaan agar kekal di tempat ketiga teratas.

“Pada pusingan terakhir, saya mendapat peluang untuk menguasai tempat pertama dan terus mengambilnya,” katanya.

MD. Fareez Afeez Abd Rahman meraikan kejayaan menjuarai kelas CP125.

Sementara itu, pelumba YYPang Yamaha Racing, Md. Fareez Afeez Abd Rahman merangkul kejuaraan pertamanya dalam saingan CP125 dengan kepantasan 13:03.786s.

Fareez meninggalkan Md. Haziq Md Hamdan dari pasukan Honda KC Racing di tempat kedua, manakala pelumba Petronas printa Yamaha Maju Motor, Md. Syafiq Rosli ketiga.

“Strategi saya adalah untuk kekal konsisten sepanjang perlumbaan. Saya berikan fokus sepenuhnya dan sentiasa memerhatikan masa agar saya dapat mempertahankan kedudukan saya.

“Saya berterima kasih kepada pasukan saya yang telah bertungkus-lumus untuk kejayaan ini,” katanya.

Perlumbaan kategori Wira KBS pula diungguli pelumba Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing, Md. Danish Aiman Zamrul, diikuti dua rakan sepasukannya, Adam Haikal Jahar dan Syamil Amysar Iffende. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya