Jentera tumpul kecewakan Hodak

Jentera tumpul kecewakan Hodak

PEMAIN KL City, Muhammad Akram Mahinan (atas) menghalang pemain PSM Makassar, Bryan Cesar dalam aksi Piala AFC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin. - IHSAN KL CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketumpulan jentera serangan mengecewakan Ketua Jurulatih Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak selepas pasukannya sekadar seri 0-0 dengan PSM Makassar dalam aksi pembukaan Kumpulan H, Piala AFC kelmarin.

Bojan berkata, barisan pertahanan bermain dengan baik mengekang asakan lawan, namun penyudah tumpul me­nimbulkan kerisauan.

“Jika anda tonton perlawanan ini, anda faham kenapa kami membawa masuk pe­nyerang baharu (Jordan Mintah). Kami bertahan baik, tidak melepaskan sebarang gol tetapi ketumpulan di bahagian hadapan membuatkan kami kecewa tidak menang.

PENYERANG KL City, Romel Morales (kanan) bersaing dengan pemain PSM Makassar dalam aksi Piala AFC di Cheras kelmarin. – IHSAN KL CITY

“Pada babak kedua, kami bermain lebih baik dan punyai banyak peluang untuk jaringkan gol dan hampir dapat tiga mata. Namun, keputusan seri adalah yang terbaik untuk ke­dua-dua pasukan,” kata Bojan.

Dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, KL City mensia-siakan banyak peluang dengan beberapa percubaan terkena palang.

Bagaimanapun, Bojan percaya pasukannya masih mampu layak ke peringkat seterus­nya walaupun keciciran mata.

“Bagi saya kumpulan ini masih lagi terbuka, Tampines Rovers juga pasukan yang hebat dan saya rasa ini akan menjadi satu persaingan yang menarik buat penyokong,” katanya yang akan berdepan kelab Singapura itu, Khamis depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya