JDT tahu ‘lubuk’ kelemahan Selangor

JDT tahu ‘lubuk’ kelemahan Selangor

JDT dan Terengganu FC mempunyai kumpulan penyokong yang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mendedahkan, beliau tahu ‘lubuk’ Selangor dan menggunakan kesempatan itu untuk menang besar 5-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Katanya, Harimau Selatan sudah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan itu selepas tempoh rehat yang panjang hampir sebulan ketika skuad kebangsaan mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia 2023.

Tempoh rehat tersebut dimanfaatkan sebaiknya untuk proses pemulihan Natxo Insa, Leandro Velazquez dan Carli De Murga, selain memberi penekanan terhadap aspek taktikal individu yang spesifik.

“Bagi perlawanan ini, kami sudah membuat persediaan terperinci sejak berminggu-minggu lalu dan hasilnya amat memuaskan. Kami dapat membaca formasi dan apa yang cuba mereka lakukan dan kami tahu ruang yang boleh ditembusi serta manfaatkan peluang itu.

PERTAHANAN Selangor, Yazan Mousa Mahmoud mengawal penyerang JDT, Bergson Da Silva dalam aksi Liga Super kelmarin. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

“Pemain juga dapat mengikut perancangan yang dilakukan dan menterjemahkannya. Ini perlawanan yang sangat baik buat kami, segalanya mengikut apa yang dirancang.

“Pujian juga perlu diberikan kepada Velazquez serta gandingan penyerang, Bergson (Da Silva) dan Fernando (Forestieri). Gol yang dijaringkan ini bertaraf antarabangsa dan ini memberi kelebihan buat kami pada separuh masa pertama,” ujarnya.

Mora turut menghamburkan pujian kepada Shahrul Saad yang melakukan tugas dengan baik merantai Herlison Caion daripada melakukan gerakan berbahaya, sekali gus memberikan keyakinan kepada pasukan untuk meningkatkan serangan.

Sementara itu, pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner mengakui, dua gol awal Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri ‘membunuh’ moral pemainnya.
Anak-anak buahnya juga tidak memberi aksi terbaik seperti yang dipamerkan ketika membelasah Sarawak Uni­ted 7-0, Ahad lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya