Inter Milan mahu ‘rujuk’ semula dengan Lukaku

Inter Milan mahu ‘rujuk’ semula dengan Lukaku

ROMELU LUKAKU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Gergasi bola sepak Itali, Inter Milan sedang mengkaji untuk menandatangani semula Romelu Lukaku daripada Chelsea.

Penyerang Belgium berumur 29 tahun itu berpindah ke London dengan harga 97.5 juta pound (RM538.1 juta) pada musim panas lalu.

Bagaimanapun, selepas terlepas gelaran Serie A di tangan musuh ketat mereka, AC Milan, Inter mahu membawa Lukaku kembali ke San Siro.

Ia akan menjadi sukar kerana yuran perpindahan Lukaku amat besar selain perlu membayar gaji lebih 325,000 pound (RM1.79 juta) seminggu.

Bagaimanapun ­Nerazzurri amat berminat mendapatkan­nya.

ROMELU LUKAKU

Gol Lukaku membolehkan mereka merangkul kejuaraan Serie A di bawah kendalian Antonio Conte pada 2021, dan dia tidak menyembunyikan hasrat untuk kembali ke Milan.

Thomas Tuchel tidak dapat membantu Lukaku mempamer aksi terbaik di Stamford Bridge dan pengurus itu mungkin bersedia melepaskannya jika dapat mencari pengganti lebih baik

Kembali ke Inter dilihat sebagai langkah terbaik buat semua pihak. Bagaimanapun isu kewa­ngan akan menjadi halangan terbesar kerana Blues pastinya tidak bersedia untuk kerugian berjuta-juta selain Lukaku juga tidak bersedia dengan pengurangan gaji.

Sebarang perjanjian mungkin perlu dibuat dengan teliti dan pinjaman yang rumit, dan perbincangan buat masa ini te­lah disekat sehingga proses pengambilalihan Chelsea selesai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya