Elemen 3D bantu Kedah benam Kaya FC

Elemen 3D bantu Kedah benam Kaya FC

KEDAH mahu meneruskan momentum kemenangan ketika menumpaskan Kaya FC-Iloilo 4-1, Isnin lalu apabila berdepan Visakha FC malam ini. - IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kejayaan pemain Kedah Darul Aman (KDA) menerapkan elemen ‘3D’ sepanjang 90 minit permainan menjadi kunci kepada kejayaan pasukan itu mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Kaya FC dalam saingan Kumpulan G, Piala AFC kelmarin.

Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, elemen ‘3D’ yang dimaksudkannya itu adalah keinginan (desire), keazaman (determination) dan disiplin (discipline).

Menurutnya, beliau sangat gembira dengan karakter ditunjukkan anak-anak buahnya dalam aksi tersebut yang dilihat sangat bertekad untuk menebus semula kekalahan kepada Bali FC dalam aksi sulung, Jumaat lalu.

“Kami tahu mengenai kekuatan serta kelemahan Kaya FC jadi kami banyak bercakap tentang perkara itu bersama para pemain. Apabila kami bercakap mengenai perkara itu, para pemain dilihat faham tentangnya dan tahu apa yang perlu dilakukan.

“Jadi kami rancangkan sesuatu dan para pemain melaksanakannya dengan cukup baik. Apabila Fayadh masuk pada separuh masa kedua, kami letakkannya di belakang penyerang, Ronald Ngah Wanja berbanding posisi biasanya di sayap dan ternyata strategi itu menjadi,” katanya.

Fayadh menjaringkan dua gol pada minit ke-56 dan 90, manakala dua lagi jaringan Kedah disumbangkan pemain import dari Jordan, Mahmoud Al-Mardi m-62) dan Ronald (m-81).

Hasrat Kedah untuk menang tanpa bolos bagaimanapun tidak tercapai apabila gawang mereka tetap dibocori pada minit ke-81 oleh pemain sayap Kaya FC, Javier Gayoso.

Mengulas mengenai kegagalan pasukannya menang tanpa dibolosi, Aidil berkata, perkara itu memang sedikit mengecewakan.

“Kami kena lihat perkara itu dari sudut positif dengan menjadikannya sebagai pengajaran dan mengelakkan berulang pada masa akan datang,” katanya.

RONALD Ngah Wanja (kiri) bersaing dengan pemain Kaya FC di Bali kelmarin. – IHSAN KDA FC

Sementara itu, Ronald yang turut dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan selepas menyempurnakan dua bantuan jaringan dan satu gol berkata, kemenangan itu dibantu oleh kesedaran pemain mengenai betapa pentingnya kemenangan dicari bagi terus menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Kami turun ke padang dengan mentaliti untuk mencari kemenangan. Walaupun tewas dalam perlawanan pertama, tetapi kami mengambil kekalahan itu dengan cara yang positif sambil terus mempercayai kemampuan diri dan pasukan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya