De Paula dan Sumareh selamat, Liridon digugurkan

De Paula dan Sumareh selamat, Liridon digugurkan

LIRIDON KRASNIQI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh terselamat dan masih mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Kim Pan Gon namun, nasib berbeza buat Liridon Krasniqi apabila digugurkan sekali gus tidak berada dalam skuad untuk mengharungi tiga perlawanan Piala Asia 2023.

Berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, selain Liridon, turut diketepikan untuk aksi yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, R Kogileswaran, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Norshahrul Idlan Talaha.

Pengguguran lima pemain itu bukanlah satu yang mengejutkan memandangkan mereka juga tidak diturunkan dalam dua aksi persahabatan menentang Brunei dan Hong Kong namun, pengguran Liridon menimbul sedikit tanda tanya dalam kalangan peminat yang menjangkakan pemain naturilisasi lain yang akan digugurkan.

Sementara itu, pengguguran Kalamullah yang juga penjaga gol menyaksikan penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi yang juga tidak beraksi dalam dua perlawanan pemanas badan itu  ‘lekat’ dalam senarai akhir 23 pemain yang dikeluarkan FAM.

“Syahmi Safari terdahulu telah dilepaskan daripada kem latihan pusat pada 31 Mei lalu kerana masalah kesihatan. FAM mengucapkan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan para pemain ini di sepanjang kem latihan pusat sejak 20 Mei lalu.

“Pemain yang tidak terpilih ini tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya penggantian pemain perlu dilakukan,” kata badan induk bola sepak negara dalam kenyataannya.

Untuk rekod, pada 3 Februari 2020, FAM mengumumkan Liridon mendapat taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian selepas menerima Mykad di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya sekali gus menjadi pemain pemain naturalisasi kedua negara selepas Sumareh.

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi tiga perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dengan kesemuanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya