Daren terus kempunan, beregu lelaki cemerlang

Daren terus kempunan, beregu lelaki cemerlang

LIEW DAREN (UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren berputih mata untuk mara ke pusingan kedua badminton  Terbuka Malaysia 2022 selepas dikecewakan wakil India, H.S Prannoy 14-21, 21-17, 18-21 hari ini.

Kali terakhir anak jati Kuala Lumpur itu mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia adalah pada edisi 2013, namun perjalanannya selepas itu terhenti di tangan pemain Indonesia, Taufik Hidayat.

“Memang ada beberapa mata yang menyaksikan Prannoy bermain lebih baik daripada saya dan saya cuba untuk menukar taktikal, namun mentaliti dan faktor nasib sedikit sebanyak memihak dia,” kata Daren.

Terdahulu, pertembungan sesama Malaysia dalam acara beregu lelaki membabitkan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin menentang Wan Arif Junaidi dan Haikal Nazri memihak pasangan profesional itu dalam aksi straight-set 21-19, 21-13.

ONG Yew Sin-Teo Ee Yi ketika berdepan pasangan senegara, Junaidi Arif -Muhammad Haikal hari ini.

Bagaimanapun tugas bakal lebih mencabar buat Ee Yi-Yew Sin apabila dijadualkan bertemu dengan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan pada pusingan kedua esok.

Turut menceriakan kem Malaysia adalah gandingan muda dalam acara beregu wanita, Valeree Siow-Low Yee Yuan yang berhempas pulas untuk menumbangkan pasangan Jerman, Linda Efler dan Isabel Lohau dalam aksi tiga set 17-21, 21-16, 21-19.

Nasib mereka di pusingan kedua juga amat getir apabila dijadualkan menentang juara Olimpik dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang turut diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan.

 

AKSI beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei (belakang) dan Nur Izzuddin Rumsani ketika menentang pasangan Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Sementara itu, jurang antara pasangan muda, Tee Kai Wun-Man Wei Chong menentang pasangan No. 8 dunia, Chirag Sheety-Satwiksairaj Rankireddy amat ketara apabila tumpas straight-set 18-21, 11-21.

Begitupun wakil terakhir negara yang turun kemudian, iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani menutup kempen skuad negara dengan kemenangan 21-12, 21-12 ke atas pasangan Jepun, Keichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi dalam tempoh 36 minit.

“Perlawanan sebentar tadi memang bercampur baur rasanya, gementar, teruja, semua ada tetapi mujur kami berjaya kekalkan strategi kami untuk menang ke atas pasangan Jepun itu untuk ke pusingan seterusnya,” ujar Izzudin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.