Tottenham ketepikan Arsenal untuk kembali ke Liga Juara-Juara

Tottenham ketepikan Arsenal untuk kembali ke Liga Juara-Juara

SON Heung-min (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu Tottenham menewaskan Norwich City di Carrow Road.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tottenham kembali ke saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas membelasah Norwich City 5-0 dalam aksi penutup Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Arsenal turut menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin apabila menang besar 5-1 ke atas Everton, namun anak-anak buah Mikel Arteta terlepas slot ke saingan elit Eropah dengan dua mata di belakang Spurs.

Dua jaringan Son Heung-min bukan sahaja membawa Tottenham menutup musim di tangga keempat, malah membolehkan bintang Korea Selatan itu memenangi trofi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak liga, berkongsi 23 gol bersama penyerang Liverpool, Mohamed Salah.

Tottenham berada di tempat kesembilan ketika Antonio Conte mengambil alih kelab London itu pada November lalu, dan ketinggalan tujuh mata di belakang pasukan tangga keempat pada Februari.

KEMENANGAN Arsenal ke atas Everton di Emirates tidak mampu membawa mereka ke tangga keempat. – AFP

Dejan Kulusevski menjaringkan dua gol dan Harry Kane turut mencetak nama sebagai penjaring ketika Spurs memastikan tiada kegagalan pada hari terakhir liga di Carrow Road.

Mereka akan kembali ke saingan kelab elit Eropah selepas dua musim tercicir, dan masa depan Spurs kelihatan cerah jika mereka boleh mengekalkan Conte sebagai pengurus.

Sementara itu, Burnley menjadi pasukan ketiga tersingkir dari Liga Perdana musim depan selepas tumpas 1-2 kepada Newcastle di laman sendiri.

Leeds United sebaliknya terselamat selepas menumpaskan 10 pemain Brentford 2-1 di tempat lawan.

Manchester United menutup kempen dengan langkah sumbang apabila kalah 1-0 kepada Crystal Palace, namun kekalahan 3-1 West Ham kepada Brighton memastikan Red Devils meraih tiket ke Liga Europa musim depan untuk mengiringi Arsenal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.