TMJ rayu penyokong JDT penuhi SSI

TMJ rayu penyokong JDT penuhi SSI

TUNKU MAHKOTA ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Menjelang aksi Liga Super menentang Sri Pahang FC , pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) merayu para penyokong Harimau Selatan memenuhi Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam esok.

Perlawanan ini adalah aksi terakhir bulan ini sebelum liga direhatkan seketika untuk memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2023 bermula Jun nanti.

“Esok perlawanan terakhir selepas itu direhatkan untuk 1 bulan. Datang stadium beri sokongan. Tahun ini, semangat melawan pasukan luar biasa. Sejarah dan rekod sudah tercipta.

KOMEN Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman instagram officialjohor.

“Sokongan anda memberi setiap pemain semangat yang luar biasa,” tulis Tunku Ismail di ruang komen dalam laman instagram officialjohor.

Pada masa sama, TMJ turut mendedahkan beliau telah banyak berkorban masa dan wang untuk memajukan bola sepak Johor dan berharap agar para penyokong setia pasukan itu sentiasa hadir ke stadium dalam setiap perlawanan.

“Kesian saya ni. Berjuta-juta duit keluar, masa, pengorbanan, sejarah, pencapaian dan masih kena merayu untuk penyokong ke stadium.

“Apa apa pun terima kasih atas sokongan anda,” ujarnya.

Harimau Selatan kini kekal berada di kedudukan teratas Liga Super dengan 15 mata selepas mengharungi lima perlawanan dan mereka satu-satunya pasukan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan hanya bolos satu gol sahaja setakat ini. –UTUSAN ONLINE-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya