Tempat keenam di Sukan SEA tidak membanggakan

Tempat keenam di Sukan SEA tidak membanggakan

sukan sea
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun berjaya mengatasi sasaran, namun menamatkan kempen Sukan SEA Vietnam di kedudukan keenam bukanlah pencapaian yang terlalu membanggakan.

Membawa pulang 39 emas pada edisi ke-31 temasya juga dianggap di bawah standard sebenar Malaysia, kata bekas Setiausaha Agung Majlis ­Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.

Katanya, kontinjen negara juga sudah dipotong oleh Filipina dan Singapura yang selama ini berada di belakang kita.

Kata Kok Chi, masalah utama sukan negara adalah tiadanya sistem yang bagus bagi menggantikan atlet berusia, terutama dalam sukan renang serta ­terjun.

Beliau juga menganggap, ketiadaan pemimpin yang kuat dan bagus dalam sukan tertentu menyebabkan mereka gagal melahirkan lebih ramai atlet berkualiti.

SIEH KOK CHI

“Malaysia perlu mengakui standard kita telah jatuh. Sukan SEA Kemboja selepas ini hanya tinggal 11 bulan dan saya rasa kita ada peluang untuk berada di kedudukan sama atau setidak-tidaknya kelima.

“Bagi edisi ke-33 pula, Sukan SEA 2025 akan dianjurkan di Thailand, kita tidak dapat nafikan mereka mempunyai atlet yang bagus, Thailand pasti akan menjadi juara.

“Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-34 pada 2027, ketika itu kita mungkin boleh menjadi juara dengan memilih sukan serta acara yang kita kuasai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017, kontinjen negara muncul juara ke­seluruhan dengan 145 emas.

 Muka lama

Kata Kok Chi, sukan seperti terjun biarpun menyapu bersih lapan emas yang ditawarkan, namun masih bergantung kepada muka lama seperti Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng dan Ooi Tze Liang.

Dalam olahraga, acara seperti baling tukul besi masih bergantung kepada muka lama (Grace Wong, Jackie Wong), begitu juga lempar cakera (Muhammad Irfan Shamsuddin) untuk menghadiahkan pingat emas.

Dalam lompat tinggi, negara terlalu bergantung kepada Nauraj Singh, dan apabila dia sekadar meraih perak Malaysia gagal mengekalkan penguasaan dalam acara itu sejak 2007.

“Dalam olahraga, Filipina dan Thailand boleh mengharap­kan atlet mereka yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sementara Malaysia pula mendapat emas melalui atlet-atlet senior.

“Sudah tiba masanya untuk kita mengharapkan atlet baharu.

“Masalah utama yang kita hadapi adalah Malaysia tidak mempunyai sistem untuk menggantikan atlet-atlet berusia seperti dalam sukan renang dan terjun.

“Saya juga lihat tiada pemimpin yang kuat dan bagus untuk mengetuai sukan mereka.

“Ada presiden persatuan sukan yang sudah memegang jawatan sejak 22 tahun tetapi tidak melakukan apa-apa dan masih kekal dengan jawatannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya