Tempah hotel di Istanbul untuk final musim depan - Klopp

Tempah hotel di Istanbul untuk final musim depan – Klopp

JURGEN Klopp memberi penghormatan kepada penyokong Liverpool. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Jurgen Klopp memberitahu penyokong Liverpool agar menempah hotel mereka untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim depan di Istanbul selepas tewas kepada Real Madrid.

Real mengalahkan Liverpool 1-0 di Paris hari ini untuk melebarkan rekod memenangi kejuaraan Eropah buat kali ke-14.

JURGEN Klopp cuba menenangkan ketua pasukan, Jordan Henderson.

Itu bermakna, Reds bukan sahaja gagal merangkul kejuaraan quadruple (empat trofi), malah kehilangan kedua-dua trofi utama yang diidamkan dalam tempoh seminggu – Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris.

Klopp yang membawa Liverpool muncul juara Eropah 2019 selepas kalah kepada Real dalam final 2018 bagaimanapun tidak terlalu bersedih dengan kekalahan di Stade de France kerana sedar pasukannya sudah memberikan permainan terbaik.

“Di mana final tahun depan? Istanbul?. Tempah hotel,” kata pengendali dari Jerman itu ketika ditanya apa pesanan yang hendak diberikan kepada penyokong Liverpool.

MOHAMED Salah tidak dapat menyembunyikan kesedihan selepas kalah kepada Real Madrid. – AFP

Ditanya sama ada bilik persalinannya sedih, Klopp berkata: “Ya sudah tentu. Bilik persalinan, tiada siapa merasakan ia musim yang hebat pada masa ini.”

Liverpool memenangi Piala FA dan Piala Liga musim ini tetapi menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana sebelum tewas kepada Real dalam perebutan gelaran Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya