Shah Firdaus, Fadhil tumpuan utama di Nilai

Shah Firdaus, Fadhil tumpuan utama di Nilai

SHAH FIRDAUS SAHROM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tanpa kelibat Datuk Mohd. Azizulhasni Awang, fokus Kejohanan Trek Kebangsaan 2022 di Velodrom Nasio­nal, Nilai bermula hari ini ter­arah kepada kehebatan Mohd. Shah Firdaus Sahrom dan Mohd. Fadhil Zonis.

Dua pelumba tersebut yang bakal dipertaruhkan untuk memburu pingat pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, Julai nanti sudah mengesahkan penyertaan dalam acara kegemaran keirin dan pecut ­individu.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd. Wahab berkata, mereka menerima pengesahan daripada Johor dan Selangor kelmarin.

FADHIL ZONIS

“Setakat ini, saya sahkan PKBM telah terima borang pendaftaran acara daripada Persa­tuan Berbasikal Negeri Selangor dan Persatuan Berbasikal Negeri Johor.

“Rasanya semua pihak khususnya John Beasley (jurulatih kebangsaan) sangat teruja untuk melihat prestasi semasa Shah Firdaus dan Fadhil. Mereka ialah calon pemenang pingat Sukan Komanwel 2022,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Peminat berbasikal negara kempunan untuk melihat penampilan Azizulhasni ke­rana pemenang pingat perak keirin Olimpik 2020 itu masih menjalani proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung.

Kejohanan Trek Kebangsaan juga buat kali pertama membuka pintu kepada pelumba Singapura selepas menerima permohonan rasmi Persatuan Berbasikal Singapura (SCA).

Mohamed Elyas Mohamed Yusof

Abu Samah yang juga Pre­siden Persatuan Berbasikal Asean (ACA) berkata, permohonan SCA dikemukakan menerusi jurulatih kelahiran Selangor, Rizal Tisin.

Berdasarkan borang pendaftaran diterima PKBM kelmarin, SCA menyenaraikan seorang pelumba elit lelaki, Mohamed Elyas Mohamed Yusof yang bakal menyertai acara keirin dan pecut individu.

Abu Samah turut mengesahkan pelumba ternama Terengganu Cycling Team (TSG), Irwandie Lakasek turut mengesahkan penyertaan dalam 4 acara iaitu Madison, perlumbaan mata, scratch dan omnium. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.