‘Semua orang mahu Liverpool menang liga'

‘Semua orang mahu Liverpool menang liga’

PERTAHANAN Manchester City, Aymeric Laporte (dua, kanan) meledak gol kedua pasukannya ketika menumpaskan Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengendali Man­chester City, Pep Guardiola mendakwa seluruh negara mahu Liverpool merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas pasukannya mengukuhkan kedudukan pendahulu liga semalam.

Kejayaan membelasah Newcastle 5-0 di Etihad membolehkan skuad The Citizens mening­galkan Reds dengan tiga mata ketiga liga berbaki tiga perlawanan.

City akan menjulang kejua­raan keempat dalam tempoh lima tahun jika memenangi semua perlawanan terakhir, bermula dengan menentang Wolverhampton, Khamis ini.

PEP GUARDIOLA

“Semua orang di negara ini menyokong Liverpool, media…Semua.

“Kerana Liverpool mempu­nyai sejarah luar biasa dalam pertandingan Eropah, bukan dalam Liga Perdana, kerana mereka telah memenangi satu (trofi) dalam tempoh 30 tahun.

“Mereka mempunyai lebih ramai penyokong di seluruh dunia dan di England berbanding kami tetapi saya tidak kisah,” kata Guardiola

Guardiola turut mengesahkan pemain pertahanan Ruben Dias, John Stones dan Kyle Walker disisihkan dalam baki saingan.

Dias terpaksa dikeluarkan pada separuh masa di Etihad kelmarin akibat kece­deraan otot, sama seperti Stones dan Walker, yang diketepikan kerana masalah paha dan buku lali

LIVERPOOL keciciran mata selepas seri 1-1 dengan Tottenham kelmarin.

The Citizens kembali ke puncak liga menerusi perbezaan tiga mata dengan Liverpool yang sekadar seri 1-1 menentang Tottenham, Sabtu lalu.

City mempamer aksi me­ngagumkan ketika membenam Newcastle 5-0, sekali gus me­nunjukkan mereka sudah bangkit daripada kekalahan menyedih­kan kepada Real ­Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-Juara minggu lalu.

Raheem Sterling menjaringkan dua gol, manakala Rodri, Aymeric Laporte dan Phil Foden turut mencetak gol.

“Saya sangat gembira…Ia petang yang sempurna. Sebelum perlawanan, saya merasakan penonton kecewa tapi tidak marah atau benci pasukan ini.

JOHN Stones terlepas tiga baki saingan Liga Perdana akibat kecederaan.

“Apa yang kami lakukan hari ini kami telah lakukan lima tahun terakhir. Tiga lagi mata, tiga lagi perlawanan dan satu lagi pertandingan.

“Kami mempunyai masalah di bahagian belakang kerana hanya mempunyai tiga pertahanan untuk tiga aksi terakhir tetapi kami akan mengatasinya.

“Perlawanan di ­Wolves (Khamis) ibarat final. Jika menang kami mungkin boleh mempertahankan trofi,” katanya.

City akan bertemu West Ham dan Aston Villa dalam dua lagi aksi terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN