KFA nafi gaji tertunggak punca Kenari 'lemau'

Sanusi nafi gaji tertunggak punca Kedah ‘lemau’

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menafikan dakwaan kononnya terdapat tunggakan gaji pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sehingga prestasi pasukan itu terumbang-ambing dalam saingan Liga Super ketika ini.

Menurutnya, sebaik sahaja membaca dakwaan tersebut, beliau terus bertanyakan mengenai perkara itu kepada pihak pengurusan KDA FC.

“KDA FC maklumkan tak ada tunggakan gaji dan mereka sedang sediakan notis saman kepada pihak yang tularkan kononnya gaji pemain tidak dibayar.

“Jadi kepada mereka yang gatal tangan buat dakwaan itu, tunggu surat saman sajalah. Selamat menjawab di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Muhammad Sanusi menambah, beliau merasakan isu tunggakan gaji itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu untuk menghentam kerajaan negeri.

KEDAH (baju merah) mensia-siakan kelebihan mendahului tiga kali sebelum seri 3-3 dengan PJ City semalam. – IHSAN KDA FC

“Isu tunggakan gaji ini sebab mereka nak balun kita, nak bedal kerajaan negeri. Walaupun pasukan itu milik sebuah syarikat swasta, tetapi kerana tak ada isu nak tibai kerajaan negeri. mereka timbulkanlah isu tak bayar gaji,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi mengakui yang beliau kurang berpuas hati dengan prestasi pasukan yang mengalami tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini dan seri dengan PJ City semalam.

Begitu pun katanya, beliau tetap yakin yang prestasi pasukan masih boleh diperbaiki terutamanya apabila jendela perpindahan dibuka pada hujung bulan ini.

“Saya difahamkan ada perbincangan dengan pemain yang cedera sampai tak boleh main langsung untuk tempoh enam bulan. Mungkin ada proses dibuat pasukan untuk keluar masuk pemain pada jendela perpindahan itu nanti.

“Saya tak mahu ganggu pasukan dan serahkan segalanya kepada pengurusan serta jurulatih. Macam peminat lain juga, saya pun nak pasukan sentiasa menang dan harapnya sebarang masalah dihadapi, dapatlah diatasi supaya prestasi dapat diperbaiki,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN