VALENCIA: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah lebih teruja untuk menentang juara 13 kali, Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara berbanding Manchester City.
Awak pagi tadi, kebangkitan hebat pada babak kedua membawa Liverpool ke final Liga Juara-Juara buat kali ketiga dalam tempoh lima musim selepas menyingkirkan Villarreal secara agregat 5-2 di separuh akhir.
Reds yang menang 2-0 pada aksi pertama minggu lalu berdepan detik cemas apabila tuan rumah mengikat perlawanan secara agregat 2-2 dengan mendahului 2-0 di babak pertama.

Liverpool kini akan ke Paris pada 29 Mei, iaitu final ketiga di bawah bimbingan Jurgen Klopp dan menyasarkan penamat bersejarah untuk musim 2021/2022.
Biarpun mereka bergelut dengan rentak permainan ketika menentang Villarreal pada aksi separuh akhir kedua, Liverpool mengubah keadaan itu pada babak kedua seterusnya melakar kemenangan bergaya 3-2.
“Empat gelaran dalam sasaran. Mungkin bukan pada permulaan musim,” katanya.
“Saya sentiasa mahukannya dan fokus kepada Liga Juara-Juara dan Liga Perdana.
“Selepas aksi peringkat kumpulan, saya fikir ‘OK’ kami akan menang Liga Juara-Juara tahun ini.
“Saya mahu menentang Madrid (di final). City adalah satu pasukan yang sangat sukar,” kata Salah.
Menurut Salah jika berdepan Real Madrid bahawa dia mempunyai motivasi sendiri jika menentang pasukan itu untuk mengubat kekecewaannya pada 2018 ketika bertemu Los Blancos. – AGENSI