Protes penyokong bayangi kemenangan United

Protes penyokong bayangi kemenangan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Protes penyokong yang melaungkan ‘Joel Glazer akan mati’ membayangi kemenangan 3-0 Manchester United ke atas Brentford pada aksi terakhir mereka dalam Liga Perdana Inggeris di laman sendiri, awal pagi tadi.

Ribuan penyokong berarak di jalanan sebelum protes berakhir di Old Trafford bagi menyuarakan kekecewaan terhadap musim hambar Red Devils.

Jaringan Bruno Fernandes, Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane memastikan tiga mata milik United, namun ketika saingan berbaki dua perlawanan peluang menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik hampir tertutup.

 

United ketinggalan lima mata di belakang pasukan tangga keempat, Arsenal yang memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

PENYOKONG United turut bertindak menyerang peminat Brentford.

Pemilik United, keluarga Glazers sangat tidak popular dalam kalangan penyokong, yang berulang kali melancarkan kempen untuk menyingkirkan ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS) itu.

Selain melakukan protes sebelum perlawanan, penyokong juga bertindak meninggalkan stadium beramai-ramai pada minit ke-73.

Red Devils akan menutup musim kelima berturut-turut tanpa sebarang kejuaraan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN