Penang FC singkirkan Perak daripada Piala FA

Penang FC singkirkan Perak daripada Piala FA

PEMAIN Perak FC, Muhammad Aiman Khairil Yusni (kiri) mengasak pemain Penang FC T. Saravanan dalam perlawanan Piala FA di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penang FC menyekat langkah Perak dalam saingan Piala FA apabila menumpaskan Bos Gaurus 4-1, sebentar tadi untuk melangkah ke suku akhir.

Dua jaringan lewat permainan Penang FC mematikan api perjuangan pemain tuan rumah yang cuba bangkit di Stadium Perak, Ipoh.

Pasukan pelawat selesa mendahului 2-0 selepas Hilal Alhelwe Bassam membuka jaringan seawal minit kedua perlawanan.

Gol kedua Penang FC diperoleh dengan bantuan pemain tuan rumah, Muhammad Aiman Khairul Yusni yang tertendang bola ke dalam gawang sendiri.

Begitupun, kedudukan itu sedikitpun tidak menjejas semangat anak buah Yusri Che Lah yang cuba memberi tentangan.

Dengan corak pantas pemain Perak menyebabkan Penang tertekan pada separuh kedua.

Perak bangkit selepas perlawanan bersambung untuk mengenakan tekanan terhadap kubu lawan tetapi benteng pasukan Pulau Mutiara, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Azmi Muslim, Ariff Ar-Rasyid Ariffin kental bertahan.

Usaha Perak akhirnya berjaya apabila Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan merapatkan jurang 2-1 pada minit ke-68 hasil pergelutan dalam kawasan Penang.

Dalam keghairahan Perak menyerang, Pulau Pinang menghukum tuan rumah melalui sepakan penalti Hilal yang mudah menumpaskan Yuganes.

Muhammad Adib Abdul Raof melengkapkan kemenangan bergaya pasukan Pulau Mutiara dengan menjaringkan gol keempat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya