Nadal mahu balas dendam terhadap Djokovic

Nadal mahu balas dendam terhadap Djokovic

NOVAK Djokovic (kiri) dalam pertarungan sengit empat set kepada Rafael Nadal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Rafael Nadal memberi amaran kepada Novak Djokovic bahawa dia akan menentangnya di atas gelanggang paling digemari apabila dua legenda tenis dunia itu berentap pada suku akhir Terbuka Perancis hari ini.

Nadal, 35, ber­ada dalam keadaan tidak cergas sepenuhnya ketika juara Terbuka Perancis 13 kali itu dikalahkan Djokovic pada separuh akhir di Roland Garros tahun lalu.

Kini, 12 bulan selepas kekalahan tersebut, Nadal bersedia untuk membalas dendam terhadap jaguh No. 1 dunia dari Serbia itu, sekali gus menjadikan pertembungan di gelanggang utama itu ibarat final.

Semalam, jaguh Sepanyol itu yang juga pemilik 21 gelaran Grand Slam mengesahkan tiket suku akhir selepas berhempas pulas menjinakkan anak murid bapa saudaranya, Toni, Felix Auger-Aliassime dari Kanada 3-6, 6-3, 6-2, 3-6, 6-3.

Djokovic, 35, yang memiliki 20 gelaran Grand Slam dalam kariernya mara selepas menumpaskan Diego Schwartzman dari Argentina 6-1, 6-3, 6-3.

“Sudah tentu kami amat mengenali satu sama lain de­ngan baik. Kami berkongsi sejarah yang sama.

“Sudah tentu dia (Djokovic) datang ke sini pada prestasi terbaik selepas menang di Rom (Terbuka Itali), namun kita ­berada di Roland Garros. Ini ge­langgang kegemaran saya, tiada keraguan mengenainya,” kata Nadal.

Nadal mendapat gelaran ‘Raja Gelanggang Tanah Liat’ selepas menjuarai Terbuka Perancis pada 2005, 2006, 2007, 2008, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2017, 2018, 2019 dan 2020.

Djokovic pula muncul juara dua kali pada 2016 dan 2021, selebihnya dia lebih dikenali sebagai jaguh gelanggang keras dengan menakluk Terbuka Australia sembilan kali.

Kedua-dua pemain akan membuat perhitungan buat kali ke-59, di mana Novak menang 30 kali dan Nadal 28.

Begitupun, Nadal meme­gang rekod pertemuan di pentas Grand Slam iaitu 10-7, selain menumpaskan Djokovic tujuh kali daripada sembilan perlawanan di Terbuka Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya