Mourinho pahat sejarah bawa Roma juarai Liga Konferensi Europa

Mourinho pahat sejarah bawa Roma juarai Liga Konferensi Europa

PEMAIN AS Roma meraikan kejayaan muncul juara Liga Konferensi Europa di Tirana, Albania. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIRANA, Albania: Jose Mourinho meraikan kejayaan AS Roma menjuarai Liga Konferensi Europa dengan penuh emosi apabila bergelar pengurus kedua memenangi lima gelaran utama Eropah selepas Giovanni Trapattoni.

Mourinho yang pernah menjuarai Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala UEFA untuk melengkapkan semua trofi Eropah apabila membawa Roma menewaskan Feyenoord 1-0.

Ini adalah final Eropah kelima buat Mourinho sejak 2003 ketika melatih Porto, Inter Milan, Manchester United dan Roma, malah dia memenangi semua lima trofi.

“Selain memenangi Liga Europa bersama Manchester United, melakukannya bersama Porto, Inter dan Roma sangat istimewa.

“Ini akan menjadi sejarah buat Roma, juga buat saya. Saya diberitahu hanya saya, Sir Alex (Ferguson) dan Giovanni Trapattoni pernah menang trofi dalam tiga dekad berbeza. Ia membuatkan saya rasa agak tua tetapi bagus untuk karier saya,” kata Mourinho.

Mourinho menamatkan musim yang baik di ibu kota Itali selepas sebelum ini memimpin pasukannya untuk kedudukan keenam Serie A.

Pengendali dari Portugal itu tiada perancangan untuk mencari cabaran baharu dan bersedia untuk kekal bersama kelab itu musim depan.

“Kini saya akan kekal, tiada keraguan mengenainya. Walaupun ada khabar angin, saya hanya mahu kekal di Roma,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya