Misi utama kami Piala AFC B-23 - Maloney

Misi utama kami Piala Asia – Maloney

PEMAIN Vietnam meraikan jaringan Nguyen Tien Linh (No. 9) ketika menumpaskan Malaysia 1-0 pada separuh akhir Sukan SEA 2021 di Stadium Viet Tri, Thu Tho kelmarin. – IHSAN VFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Malaysia gagal membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan SEA, namun Brad Maloney mencapai misi utamanya, membentuk pasukan matang dan kental untuk memenuhi misi sebenar – Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 23 (B-23) di Uzbekistan bulan depan.

Malaysia satu-satunya negara yang mara ke separuh akhir tanpa menggunakan kuota tiga pemain lebih umur di Vietnam kerana misi utama Maloney adalah menguji sepenuhnya bintang muda untuk lebih bersedia menghadapi Piala AFC B-23.

Pemain muda negara tidak kalah dalam sebarang perlawanan peringkat kumpulan, dan memberi tentangan sengit sehingga ke masa tambahan sebelum tewas tipis 1-0 kepada juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir kelmarin.

Lima perlawanan yang diharungi anak-anak buah Maloney di Vietnam sangat membantu untuk menghadapi Piala AFC di mana Malaysia diletak dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

“Matlamat utama kami adalah memberi pendedahan kepada pemain muda, terutama untuk dibawa ke Piala AFC bulan depan.

“Bagi saya ia adalah perkara baik mereka mendapat pendedahan awal. Selepas ini kami memberi tumpuan kepada Piala AFC. Sekiranya pemain tidak mengalami kecederaan dan sebagainya mereka akan dibawa ke Uzbekistan,” kata Maloney.

Turun tanpa sebarang sasaran pada edisi ke-31 temasya, skuad muda negara akan cuba mencari penawar dengan sekurang-kurang membawa pulang gangsa apabila menentang Indonesia esok.

AKSI Malaysia (jersi kuning) menentang Vietnam pada separuh akhir Sukan SEA 2021 berlangsung sengit di Stadium Viet Tri.

Bagaimanapun bagi Maloney, pertemuan dengan Vietnam di depan ribuan penyokong tuan rumah di Stadium Viet Tri kelmarin benar-benar menguji karakter dan kematangan mereka untuk menghadapi cabaran lebih besar.

Secara keseluruhan beliau bangga dengan semangat juang dan kesungguhan dipamerkan anak buahnya sepanjang 120 minit, dan Vietnam terpaksa menunggu sehingga minit ke-111 untuk memperoleh gol kemenangan menerusi tandukan Nguyen Tien Linh.

“Saya amat berbangga dengan pasukan ini kerana mereka bekerja keras dan bermain dengan sepenuh hati. Kami hanya ada tempoh satu hari untuk pemulihan daripada perlawanan terdahulu (Kemboja),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya