Mane semakin hampir sertai Bayern Munich

Mane semakin hampir sertai Bayern Munich

SADIO MANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sadio Mane sudah boleh membayangkan untuk menyertai Bayern Munich pada musim panas ini selepas Liverpool sedia melepaskan bintang Senegal itu pada harga 42 juta pound (RM231 juta).

Mane akan tamat kontrak di Liverpool pada penghujung musim depan, dan dua rakan sepasukannya, Mohamed Salah serta Roberto Firmino turut berada dalam situasi sama.

Menurut  media Jerman, Mane, 30, sudah mencapai persetujuan dengan Bayern yang dijangka mengisi kekosongan Robert Lewandowski yang bakal berhijrah ke Barcelona.

Mane mengharungi kempen hebat sama ada bersama Liverpool mahu pun Senegal musim ini, malah antara calon untuk memenangi gelaran Ballon d’Or akhir tahun nanti.

ROBERT LEWANDOWSKI

Dia meledak 23 gol dalam 50 penampilan bersama Liverpool musim ini, malah mengetuai Senegal ke Piala Negara-Negara Afrika pada Februari serta kelayakan ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Wartawan Sky Sport Jerman, Florian Plettenberg mendakwa, Mane boleh membayangkan perpindahan ke Bayern musim panas ini selepas terdapat perkembangan di antara wakil pemain itu dengan kelab gergasi Jerman tersebut.

Katanya, sejak awal bulan ini, Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic meletakkan Mane sebagai sasaran No. 1 mereka kerana berpotensi kehilangan Lewandowski. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN