Malaysia tak bersedia jadi hos Piala Asia 2023

Malaysia tak bersedia jadi hos Piala Asia 2023

SAIFUDDIN ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak berhasrat untuk membida penganjuran tuan rumah Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung Jun tahun depan.

Perkara ini disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd. Saifuddin Abu Bakar yang melihat kekangan masa, selain ketiadaan stadium perlawanan yang menepati piawaian.

“Saya rasa sukar, sebab persediaan untuk ke Piala Asia ini besar, dari segi padang, hotel (penginapan) mungkin tak ada masalah, padang latihan perlu memenuhi kriteria-kriteria tinggi kerana ini adalah pertandingan tertinggi di Asia.”

“Saya rasa minimum perlu ada empat stadium (venue perlawanan), padang latihan kena ada yang sama (venue perlawanan),” katanya.

Ditanya kemungkinan hak penganjuran diadakan secara bersama dengan negara lain, Saifuddin berpendapat agak sukar.

“Dulu kita dah buat pada 2017 bergabung empat negara, saya rasa agak susah nak bergabung, persediaan masa pun dah tak ada dengan perlawanan bakal diadakan pada Jun tahun depan, persedian itu agak singkat.

“Tapi ini bukan keputusan saya, jika Exco FAM berhasrat untuk membida terpulanglah namun setakat ini tiada ura-ura untuk membida hak penganjuran tersebut,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John menjelaskan peluang untuk menganjurkan Piala Asia 2023 terbuka kepada semua 47 ahli gabungan sekiranya mereka berminat menggantikan China.

Ini kerana sekalipun Malaysia sudah menjadi tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung bulan depan, itu tidak bermakna Malaysia tidak boleh menjadi tuan rumah bagi saingan elit Asia berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya