Luqman, Hadi Fayyadh ketuai senarai 24 pemain ke Sukan SEA

Luqman, Hadi Fayyadh ketuai senarai 24 pemain ke Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luqman Hakim Shamsudin dan Hadi Fayyadh Abdul Razak antara 24 pemain yang dibawa oleh Ketua Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun kebangsaan, Brad Maloney ke Sukan SEA Hanoi bermula Jumaat hingga 22 Mei ini.

Bagaimanapun daripada 24 pemain itu, Maloney akan mengumumkan senarai akhir 20 pemain untuk didaftarkan bagi Sukan SEA 2021.

Empat pemain yang tiada dalam senarai akhir 20 pemain akan kekal di Hanoi sebagai senarai bersedia bagi menggantikan mana-mana pemain yang terpaksa digugurkan jika diuji positif Covid-19.

Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan B dengan berdepan Thailand, Sabtu ini sebelum menentang Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei). Semua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Sementara itu, saingan Kumpulan A yang dibarisi tuan rumah yang juga juara bertahan, Vietnam bersama Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste pula dijadual berlangsung di Stadium Viet Tri, Phu Tho.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan seterusnya akan layak ke separuh akhir pada 19 Mei di Stadium Thien Truong dan Stadium Viet Tri manakala perlawanan penentuan pingat gangsa dan final dijadual berlangsung pada 22 Mei di Stadium My Dinh, Hanoi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya