Luqman, Hadi Fayyadh kena buktikan kualiti

Luqman, Hadi Fayyadh kena buktikan kualiti

HADI Fayyadh Abdul Razak (depan) dan Luqman Hakim Shamsudin menjalani latihan akhir bersama skuad negara kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun berpangkalan di luar negara, tiada jaminan Luqman Hakim Shamsudin dan Hadi Fayyadh Abdul Razak disenaraikan dalam kesebelasan utama apabila Malaysia membuka kempen Sukan SEA Vietnam dengan menentang Thailand hari ini.

Selepas gagal menyinar dan mendapat tempat dalam skuad senior, kedua-dua pemain yang berpangkalan di Belgium serta Jepun itu diharap mampu menyerlahkan kualiti apabila beraksi bersama skuad bawah 23 (B-23).

Bekas jurulatih Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah berkata, kedua-dua pemain perlu membuktikan sesuatu kepada peminat dengan mempamerkan aksi terbaik mereka ketika berada di Vietnam.

Azraai berkata, walaupun diakui mereka bukan pilihan dan jarang diturunkan di peringkat kelab, Luqman dan Hadi Fayyadh memiliki kemampuan yang ‘tersembunyi’ .

“Terus terang saya cakap, semasa di luar negara (bersama kelab) mereka tidak bermain pun. Jadi, jangan ingat ada kelebihan jika bermain di luar negara.

“Cuma mereka ada kesempatan untuk membuktikan kemampuan di atas padang esok. Anggap itu satu cabaran dan buat yang terbaik untuk negara,” kata Azraai kepada Utusan Malaysia.

Semalam, pengendali skuad B-23, Brad Maloney mengumumkan 20 senarai akhir pemain yang akan membawa cabaran negara bagi acara bola sepak lelaki dan nama dua pemain yang berkelana di luar negara itu turut tersenarai.

Mengulas mengenai pertemuan pembukaan antara skuad B-23 menentang Thailand, Azraai berkata, pemain negara harus mengambil kesempatan kerana kedua-dua pasukan masih dalam proses mencari rentak dalam perlawanan pertama

BRAD Maloney memberi arahan kepada pemain negara dalam latihan terakhir kelmarin menjelang pertemuan menentang Thailand malam ini. – IHSAN FAM

“Bagi saya satu mata sudah memadai dan cukup baik untuk Malaysia ketika menentang Thailand esok…Apa yang penting para pemain kena kekal disiplin dan mengikut segala perancangan yang diatur oleh jurulatih.

“Jika berjaya mencuri satu mata dengan Thailand, kita ada bekalan selesa dan kekuatan untuk berdepan beberapa lawan lain lagi dalam Kumpulan B yang boleh dikatakan agak kuat seperti Singapura dan Laos,” katanya.

Bagi Kumpulan B, Malaysia akan memulakan kempen berdepan Thailand hari ini, Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei)
dan Kemboja (16 Mei) dengan kesemua perlawanan peringkat kumpulan itu dijadual berlangsung di
Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Sementara itu, Kumpulan A dibarisi Vietnam bersama Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya