LTdL 2022 tidak terjejas kerana dianjak ke Oktober

LTdL 2022 tidak terjejas kerana dianjak ke Oktober

ISMAIL Sabri Yaakob dan Ahmad Faizal Azumu beramah mesra dengan atlet yang hadir di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukandi Stadium Axiata, Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penundaan tarikh jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang diubah ke 11 hingga 18 Oktober tidak akan menimbulkan masalah berbangkit meskipun jadual asal sepatutnya berlangsung pada 11 hingga 18 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, anjakan tarikh yang ditetapkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu adalah bagi memberi ruang kepada pelumba dari seluruh dunia menyertai perlumbaan lain sebelum menamatkan musim ini dengan LTdL 2022.

Katanya, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan perbincangan dengan rakan kongsi termasuk syarikat-syarikat swasta yang terlibat mengenai perincian penuh perubahan tarikh itu dan memberi keyakinan bahawa perkara ini tidak akan memberi beban kepada semua pihak.

“Kita telah berbincang dengan mendalam bersama UCI, maka perkara ini tidak akan menjadi masalah kerana saban tahun kita menganjurkan LTdL. Walaupun kali ini tertangguh, namun tidak mengubah mana-mana laluan yang telah saya umumkan sebelum ini,” katanya.

Faizal turut menegaskan, penetapan tarikh tersebut yang merupakan jelajah terakhir dalam kalendar Jelajah Berbasikal Dunia akan memberi ruang kepada Malaysia menjadi tumpuan semua peminat berbasikal antarabangsa untuk menutup perlumbaan mereka pada tahun ini dengan perlumbaan LTdL 2022.

“Sudah tentu, keadaan ini menjadikan ramai pelumba beri perhatian kepada negara kita kerana tariknya yang diletakkan sebagai jelajah berbasikal terakhir dalam kalendar UCI. Kita doakan agar LTdL terus maju jaya dan dapat dilaksanakan untuk meningkatkan imej negara di mata dunia,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri KBS di ibu negara, semalam.

Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin serta beberapa menteri kanan seperti Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd. Radzi Md. Jidin.

Pada 29 Mei lalu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab mengesahkan bahawa perlumbaan LTdL 2022 akan dijalankan pada 11 hingga 18 Oktober berdasarkan ketentuan UCI yang dimaklumkan kepadanya, lebih kurang tiga minggu lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya