Liverpool mahu Son ganti Mane

Liverpool mahu Son ganti Mane

SON Heung-min kini menjadi sasaran No. 1 Jurgen Klopp untuk dibawa masuk ke Liverpool.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool yang masih dalam ‘mood’ bercampur baur sudah memulakan usaha membina pasukan untuk menghadapi musim baharu apabila menyasarkan superstar Tottenham, Son Heung-min bagi menggantikan Sadio Mane.

Semalam, ribuan penyokong Reds membanjiri bandar Liver­pool bagi meraikan kejayaan pasukan menutup musim de­ngan dua trofi – Piala FA dan Piala Liga.

Sambutan itu bagaimanapun berlangsung dengan perasaan bercampur baur dan penuh emosi kerana Liverpool terlepas dua kejuaraan yang amat diinginkan, Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris.

Sabtu lalu mereka kalah 0-1 kepada Real Madrid di Paris dalam misi memburu kejuaraan Eropah ketujuh, hanya beberapa hari selepas tewas dengan satu mata kepada Manchester City pada persaingan merebut gelaran Liga Perdana.

LAUTAN merah penyokong Liverpool yang meraikan kepulangan pasukan itu di sekitar bandar Liverpool mengangkat replika Sadio Mane semalam. – AFP

Menurut Football.London, Reds meletakkan bintang pe­nyerang Korea Selatan, Son sebagai sasaran No. 1, malah telah menyediakan bidaan besar sebelum liga berakhir lagi.

Bagaimanapun, memandang­kan pemain berusia 29 tahun itu menjadi watak penting buat Spurs untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik liga, sekali gus meraih tiket ke saingan elit Eropah musim depan, pengurus mereka, Antonio Conte pas­tinya akan melakukan apa sahaja untuk tidak kehilangan Son.

Liverpool kini perlu memikirkan rancangan musim panas dengan Mane dijangka mening­galkan kelab untuk menyertai Bayern Munich yang sudah menyatakan hasrat mendapatkan bintang Senegal tersebut.

Reds meletakkan 35 juta pound (RM193 juta) sebagai harga yang perlu dibayar Bayern untuk mendapatkan Mane.

SON Heung-min bersama anugerah Kasut Emas, penjaring terbanyak EPL yang dimenanginya.

Minat Liverppol terhadap Son bukanlah sesuatu yang mengejutkan, terutama dengan pencapaian pemain tersebut yang turut memenangi anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Liga Perdana bersama Mohamed Salah.

Jika benar Son mahu berhijrah ke Anfield, Tottenham akan menuntut wang yang besar kerana kontraknya hanya akan tamat pada 2025.

Setelah menandatangani Son dengan harga 22 juta pound (RM96.34 juta) daripada ­Bayern Leverkusen pada 2015, nilai pemain itu dijangka meningkat dua kali ganda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.