Zoo Negara banjir, orang ramai bimbang nasib haiwan 

Zoo Negara banjir, orang ramai bimbang nasib haiwan 

ZOO Negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kawasan Zoo Negara dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda ibu negara kelmarin sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan haiwan di zoo berkenaan selepas kejadian itu tular di media sosial.

Kejadian itu dikongsikan Timbalan Presiden Zoo Negara, Datuk Rosly Lana menerusi hantaran video di TikTok yang memaparkan keadaan zoo yang ditenggelami air.

Berdasarkan rakaman itu, air keruh memenuhi laluan dan kawasan sekitar kandang haiwan, malah paras air di kandang badak air meningkat dengan haiwan berkenaan dilihat berada di dalam air.

Rakaman sama turut memaparkan beberapa individu dipercayai kakitangan zoo meredah kawasan dinaiki air ketika hujan.

“Keadaan di Zoo Negara susulan hujan lebat yang menyebabkan zoo dilanda banjir.

“Jutaan terima kasih kepada Bomba Sukarela Gombak yang sentiasa pantas memberikan bantuan. Kekal selamat semua,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

Rosly mengesahkan, kesemua haiwan di zoo berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengguna TikTok dengan sebahagian mereka melahirkan kebimbangan terhadap keadaan haiwan di premis tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×