Kelantan FC rampas takhta Liga Perdana

Kelantan FC rampas takhta Liga Perdana

Skuad Kelantan FC ketika turun berdepan Selangor II di Stadium UiTM, Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Kelantan FC merampas kedudukan selaku peneraju Liga Perdana dari Johor Darul Ta’zim II (JDT) selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Selangor II pada aksi di Stadium Uitm FC, sebentar tadi.

Tiga mata diraih anak didik Rezal Zambery Yahya memastikan mereka meraih 21 mata selepas lapan perlawanan mengatasi JDT II yang memgumpul 18 mata selepas tewas 1-2 kepada Terengganu FC II.

Turun dengan semangat memburu tiga mata, The Red Warriors bermula garang menerusi beberapa percubaan dijelmakan penyerang Nurshamil Ghani dan Nixon Guyhelrme.

Serangan demi serangan dilakukan pelawat ternyata gagal menemui sasaran ketika Selangor II pula mula mendapat rentak ketika penghujung 20 minit separuh masa pertama.

Namun tiada jaringan terhasil sama ada buat tuan rumah mahupun pelawat dan kedua pasukan beredar masuk ke bilik persalinan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Memasuki babak kedua, sama seperti skrip sebelum ini, Kelantan FC terus memberi tekanan menyebabkan anak didik Rusdi Suparman dilihat lebih banyak bertahan.

Gol dicari pelawat akhirnya muncul menerusi percubaan Syed Sobri dari luar kotak penalti pada minit ke-61 untuk meletakkan Kelantan FC didepan.

Walaupun Selangor II cuba memburu gol penyamaan namun keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan dengan kemenangan mutlak milik Kelantan FC.

Ini adalah kemenangan ketujuh diraih Kelantan FC yang memiliki kelebihan tiga mata berbanding JDT II di tangga kedua dengan 18 mata manakala Selangor II kekal dikedudukan ketujuh dengan hanya mengumpul sembilan mata.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya