Isu kecederaan resahkan Villarreal

Isu kecederaan resahkan Villarreal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA: Villarreal berdepan isu kecederaan pemain yang membimbangkan menjelang separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Liverpool, awal pagi nanti.

Reds berlepas ke Sepanyol dengan kelebihan 2-0 dan dilihat sebagai pilihan untuk mara ke final di mana mereka akan bertemu pemenang Real Madrid atau Manchester City.

Villarreal yang menumbangkan Bayern Munich pada suku akhir menggalas misi besar untuk mencari tiket final buat kali pertama.

PEMAIN Villarreal menjalani latihan akhir di padangan latihan Ciudad Deportiva Villarreal, Vila-Real semalam.

Bagaimanapun mereka berdepan kebimbangan menjelang pertemuan itu apabila enam pemain terlepas sesi latihan semalam.

Ada yang disebabkan kecederaan jangka panjang, yang lain tidak dapat dijelaskan ketiadaan mereka.

Pemain sayap berbakat, Arnaut Danjuma yang terlepas latihan menjadi keraguan terbesar untuk diturunkankan menentang Liverpool.

Yeremy Pino turut terlepas latihan dan dijangka tidak sempat cergas untuk aksi menentang Liverpool.

 

Alberto Moreno pula mengalami kecederaan lutut berpanjangan dan tidak akan diturunkan.

“Danjuma berasa sedikit ketidakselesaan. Dia tidak berlatih hari ini bersama kumpulan dan esok pagi kita akan lihat sama ada dia berada dalam kedudukan untuk bermain atau tidak,” kata pengendali Villarreal, Unai Emery. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN