Helmi tebus kecewa, juarai perlumbaan kedua SS600

Helmi tebus kecewa, juarai perlumbaan kedua SS600

Helmi Azman (tengah) meraikan kejayaannya menjuarai perlumbaan kedua kelas SuperSport 600cc (SS600) pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba negara, Helmi Azman menebus kekecewaan gagal menaiki podium semalam apabila memenangi perlumbaan kedua kelas SuperSport 600cc (SS600) pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Bermula dari petak kelima, pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing itu bagaimanapun mempamerkan tunggangan cemerlang untuk melintasi garisan sebagai pemenang selepas mencatat kepantasan 21 minit 53:861 saat (s).

“Pasukan bekerja keras bagi memastikan jentera kami berada pada tahap terbaik. Saya gembira strategi kami menjadi untuk saya dan rakan sepasukan, Khairul Idham Pawi.

“Cuaca di Sepang sangat panas tetapi jentera tetap pantas dan saya bersyukur dengan kemenangan ini,” kata Helmi yang sekadar menghuni tangga keempat pada perlumbaan pertama.

Perlumbaan kedua hari ini menyaksikan tempat kedua menjadi milik pelumba pasukan Astra HONDA Racing Team, manakala KhairulIdham ketiga.

Sementara itu, pelumba Jepun, Haruki Noguchi dari SDG Motor Sports HARC-PRO PH mengungguli saingan utama kelas Asian Superbike 1000cc (ASB1000) dalam perlumbaan kedua hari ini catatan masa 25:44:793s.

Dia mengatasi dua pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Honda Asia-Dream Racing with SHOWA) dan Adam Norrodin (ONEXOX BMW TKKR TEAM) selepas masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

“Ia perlumbaan yang sangat kompetitif dalam perlumbaan satu dan dua tetapi hari ini kami lebih baik. Saya berterima kasih kepada pasukan yang sentiasa memberi sokongan sepanjang perjalanan saya,” kata Noguchi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya