Harimau Malaya ada ‘senjata rahsia’ menentang Brunei

Harimau Malaya ada ‘senjata rahsia’ menentang Brunei

harimau malaya
PEMAIN Harimau Malaya sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam tempoh lebih dua tahun apabila berdepan Brunei hari ini. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Ma­laya bakal menggunakan ‘senjata rahsia’ dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Brunei di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Perancangan itu didedahkan Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon selepas barisan pemainnya semakin memahami falsafah bola sepak yang diterapkan dan bersedia menterjemahkan di atas padang.

Tegas Pan-gon, selepas dikumpulkan hampir seminggu, pemain dilihat sedikit kepenatan tetapi bukan daripada aspek fizikal, namun lebih kepada mentaliti kerana beliau memberikan banyak informasi baharu kepada mereka.

“Apa yang pasti, mereka menerima arahan dengan baik dan mudah memahami apa yang cuba kami ajar selain menyesuaikan diri dan mencipta keserasian dengan rakan sepa­sukan dengan baik.

“Sudah tentu saya harapkan esok kita akan dapat menunjukkan senjata rahsia yang kami rencanakan tetapi harus diingat tiada apa yang sempurna.

“Pemain masih perlu bekerja keras dan kami cukup teruja untuk aksi menentang Brunei nanti,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.

Pengendali dari Korea Selatan itu turut mengakui ‘tidak sabar’ untuk berdepan penyokong setia Harimau Malaya yang bakal membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil buat kali ­pertama sejak 2019.

“Ini adalah perlawanan pertama saya di sini di hadapan penyokong negara dan sudah tentu saya agak berdebar tetapi dalam masa yang sama saya mahu mereka meletakkan pemahaman bahawa bola sepak bukanlah sekadar menang atau kalah.

“Apa sahaja keputusan yang diraih, saya harap pemain dapat menunjukkan gaya permainan, DNA serta falsafah bola sepak yang cuba kami terapkan sekaligus membawa aura positif kepada penyokong,” katanya.

Pan-gon yang baru dilantik menjadi pengendali skuad kebangsaan pada Februari lalu bakal membimbing pasukan negara buat kali keempat selepas mengharungi tiga aksi persahabatan menentang Filipina, Singapura dan kelab Albirex ­Niigata, Mac lalu.

Selepas menentang Brunei, Harimau Malaya juga akan menentang Hong Kong Rabu depan sebagai medan pemanas badan sebelum mengharungi Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil, bulan depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya