Gol tunggal Nurshamil selamatkan Kelantan FC - Utusan Malaysia

Gol tunggal Nurshamil selamatkan Kelantan FC

PEMAIN Terengganu FC II, Engku Muhd. Nur Shakir Engku Yacob diasak pertahanan Kelantan, Ghaffar Abd. Rahman ketika kalah 0-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini. - UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jaringan tunggal ketua pasukan, Nurshamil Abd. Ghani sudah memadai untuk Kelantan FC mengatasi Terengganu FC II 1-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, sebentar tadi.

Kemenangan berharga itu mengukuhkan lagi kedudukan pasukan berkenaan dalam misi kembali ke Liga Super 2023 dengan mengutip 18 mata bersama pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

Kelekaan tuan rumah dihukum Nurshamil yang melakukan voli sempurna dari dalam kotak penalti hasil hantaran Natanael Ringgo pada minit ke-29.

Malang menimpa skuad Sang Penyu setelah Argzim Redzovic diarahkan keluar padang pada minit ke-36 gara-gara kekasaran ke atas Ringgo sekali gus memaksa tuan rumah beraksi dengan 10 pemain.

Terengganu FC II berpeluang mengikat kedudukan, namun sepakan leret Wan Mohd. Fazli Wan Ghazali dikeluarkan Ghaffar Abdul Rahman di atas garisan gol pada minit ke-80.

Penjaga gol Kelantan, Nik Mohd. Amin Ahmad memastikan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat apabila cemerlang menepis tolakan dari jarak dekat oleh Jordan Mintah, dua minit kemudian. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya